Sijil Kemahiran Malaysia (SKM)

What is Sijil Kemahiran Malaysia (SKM)?

PERHATIAN:
Sila klik link berikut jika nak tahu cara:
1. Mohon SKM secara PPT (bagi yg ada pengalaman kerja tapi tiada SKM)  Panduan persijilan kemahiran malaysia melalui ppt – Ogos 2014
2. Nak tingkatkan SKM anda dari 2 ke 3 atau 3 ke 4 (Carian Pusat Bertauliah JPK)

Sijil Kemahiran Malaysia ( SKM )

Persijilan Kemahiran Malaysia merupakan salah satu fungsi utama JPK. Persijilan ini menawarkan lima (5) tahap persijilan iaitu :

Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 1, Tahap 2 & Tahap 3
Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) Tahap 4
Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM) Tahap 5

Persijilan Kemahiran Malaysia boleh didapati melalui tiga (3) kaedah:

1. Melalui Latihan di Institusi yang Diiktiraf*
Kaedah melalui program latihan kemahiran di pusat-pusat bertauliah JPK bagi bidang & tahap kemahiran yang tertentu dan telah ditauliahkan.

2. Melalui Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT)**
Kaedah mendapatkan Persijilan Kemahiran Malaysia melalui pengalaman lalu (kerja atau latihan) tanpa perlu menduduki ujian.
Calon dikehendaki mengemukakan bukti-bukti ketrampilan yang telah dimiliki untuk dinilai oleh Pegawai Penilai dan disahkan oleh Pengawai Pengesah Luaran yang dilantik JPK.

3. Melalui Latihan Berorientasikan Industri (SLDN)
Kaedah latihan perantisan dalam Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) yang dijalankan di industri dan institut latihan kemahiran.

Foreigner can apply for SKM with the following additional terms:

i. Submit application at least 6 months before the expiry of work permit; 
ii. Possess valid personal identification; 
iii. Possess valid work permit or pass, issued by Malaysian Immigration Department; 
iv. Working in any operational & Malaysian registered company; 
v. Has been staying in Malaysia for more than 2 consecutive years; AND 
vi. All application, counselling & assessment to be conducted in either Malay (Bahasa Malaysia) or English.

Bagi calon yang ada pengalaman kerja tapi tiada SKM:
a) Mohon sendiri – Baca Panduan persijilan kemahiran malaysia melalui ppt – Ogos 2014 atau
b) Belajar melalui kursus – kursus induksi PP-PPT** yang dianjurkan dari masa ke semasa (purata 3 kali setahun) – Sesi akan datang pada 14-15 Julai di Kepong 

Faedah Persijilan Kemahiran Malaysia

 Persijilan Kemahiran diiktiraf oleh industri di Malaysia
 Persijilan Kemahiran Malaysia menyediakan suatu laluan kerjaya dan pembangunan diri yang menarik setanding dengan laluan kerjaya berasaskan kelayakan akademik.
 Persijilan Kemahiran Malaysia berupaya melahirkan pekerja mahir yang terlatih dan berkelayakan untuk mempertingkatkan daya saing industri tempatan di pasaran dunia.

Pusat Bertauliah Persijilan Kemahiran Malaysia

Pusat Bertauliah bererti penyedia latihan kemahiran yang telah diluluskan oleh JPK untuk mengendali latihan kemahiran dan menawarkan Persijilan Kemahiran Malaysia bagi bidang dan tahap kemahiran tertentu berdasarkan Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (NOSS). Terdapat 5 kategori Pusat Bertauliah, iaitu:-
Pusat Bertauliah Awam (K)
Pusat Bertauliah Swasta (L)
Pusat Bertauliah Industri (I)
Pusat Bertauliah Persatuan (P)
Pusat Bertauliah Ujian Tanpa Musnah (NDT)

Calon boleh merujuk Senarai Pusat Bertauliah ikut negeri untuk mendapatkan maklumat-maklumat pusat bertauliah dan program-program kemahiran terkini yang ditauliahkan oleh JPK.

Siapa yg patut hadir?
1) Berminat dilantik sebagai PP-PPT (syarat lantikan lain adalah pengalaman kerja >10 thn bidang berkenaan & SKM)
2) Berminat mohon SKM secara PPT (prosedur, syarat dan kaedah penilaian persijilan melalui kaedah PPT)
3) PB yang ingin mohon menjadi PB-PPT (perlu ada penyelaras PPT yang perlu ikuti kursus induksi PP-PPT)