Vocational Training Operation (VTO)

VTO (Vocational Training Operation) (I-031-3:2014)/Sijil Pengajar Vokasional

Ramai yang mungkin masih keliru ataupun tidak tahu,
TENAGA PENGAJAR TIDAK SEMESTINYA PEGAWAI PENILAI

Jadi, jika anda sekadar ingin menjadi pengajar, adalah TIDAK WAJIB untuk dapatkan sijil VTO. Namun, peluang kerja adalah lebih tipis berbanding dengan pengajar yang ada VTO.

Mengapa begitu? Ini disebabkan pemegang sijil VTO (bersama SKM/Diploma/Ijazah kemahiran & sijil induksi PP-PPD-PPB) bukan sahaja boleh jadi pengajar tetapi juga dilantik sebagai Pegawai Penilai (PP), personal yang AMAT DIPERLUKAN OLEH SETIAP Pusat Bertauliah, tak kira swasta ke awam.

Justeru itu, sila fikirkan dulu sebelum tanya admin samada anda ingin jadi PP ke tenaga pengajar sahaja sebab kursus/sijil yang diperlukan adalah berbeza.

Bagi pemegang sijil kemahiran (bukan SKM), anda boleh ambil kursus VTO tapi kenalah mohon SKM secara PPT serentak (jika ada pengalaman kerja 3 tahun ke atas) supaya layak dilantik jadi PP nanti.

Bagi pemegang diploma/ijazah dalam bidang NOSS berkenaan, walaupun tiada sijil VTO, anda masih layak dilantik sebagai TENAGA PENGAJAR (bukan Pegawai Penilai).
Jika ambil sijil VTO tapi tiada SKM, masih boleh dilantik sebagai Pegawai Penilai untuk Tahap 4/5.

Namun, digalakkan mohon SKM secara PPT serentak (jika ada pengalaman kerja 3 tahun ke atas) supaya peluang kerjaya lebih luas (boleh dilantik sebagai Pegawai Penilai untuk Tahap 1 hingga 3 juga).

Kenapa anda perlu sertai kursus VTO jika ingin menjadi Pengajar Bidang Kemahiran ? 

Kursus dan sijil kursus VTO diwajibkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia (KSM) mengikut Akta 652 kepada mana-mana individu yang ingin menjadi Pegawai Penilai ( Pengajar / Pensyarah / Cikgu ) di pusat latihan kemahiran swasta dan kerajaan yang menjalankan Sijil atau Diploma Kemahiran Malaysia.

Akta 652 (NASDA) Standard 6 : Pengajar Kemahiran mestilah memiliki sekurang-kurangnya SKM bidang Pengajar Vokasional yang diiktiraf oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia.


Pengajar bidang kemahiran apa yang boleh menyertai Kursus VTO ?
 
Kursus VTO ini boleh disertai oleh pelajar dari semua jenis bidang kemahiran.
 

Latar Belakang Kursus

Kursus ini dikuatkuasakan oleh pihak JPK pada bulan Februari tahun 2005 dan diwajibkan kepada semua Pegawai Penilai sistem Pentauliahan Kemahiran Malaysia dengan tujuan untuk memastikan Pegawai Penilai kompeten dalam proses penyampaian (methodology) latihan vokasional. Sebelum kod program baru ini, kod & nama lama adalah I-031-3 (Pegawai Latihan Vokasional)

Objektif Kursus

  • Melahirkan pengajar yang kompeten dan diiktiraf sebagai Operasi Latihan Vokasional (VTO I-031-3:2014) bagi memenuhi keperluan Akta 652 (NASDA).
  • MenggalakKan pengajar mengikuti Pembelajaran Sepanjang Hayat.
  • Melahirkan pengajar yang dapat menyediakan latihan yang bersistematik
  • Melahirkan pengajar yang berkebolehan mengaplikasi kaedah pembelajaran dan pengajaran yang berkesan
  • Melahirkan pengajar yang dapat meralisasikan pengetahuan, kemahiran dan sikap yang diperlukan didalam pendidikan kemahiran dan industri semasa.

Peluang Kerjaya

  • Berpeluang menjadi tenaga pengajar (TP)/ Pegawai Penilai (PP) di Pusat-pusat bertauliah JPK Swasta/Awam (seperti KV, Giatmara, ILP dll)
  • Berpeluang menjadi Tenaga Pakar dan didaftarkan dalam Direktori Pakar Industri Negara (DPIN).
  • Berpeluang membuka Pusat Bertauliah di dalam bidang kemahiran tertentu di mana Sijil VTO (Operasi Latihan Vokasional) menjadi pra-syarat untuk tujuan tersebut.

KELAYAKAN MASUK

  • Memiliki persijilan SKM Tahap 2 dalam semua bidang yang diiktiraf oleh JPK
  • Jika tiada SKM lagi, mendaftar sebagai calon PPT bagi bidang yang diiktiraf oleh JPK (bagi calon yg ada pengalaman kerja sahaja)
  • Umur sekurang-kurangnya 18 tahun
  • Memiliki lain-lain kelayakan yang diiktiraf oleh Ketua Pengarah JPK dengan 2 tahun pengalaman

MODUL

  • COCU 1: TEACHING & LEARNING IMPLEMENTATION
  • COCU 2: COMPETENCY CURRICULUM DEVELOPMENT 
  • COCU 3 COMPETENCY ASSESSMENT DEVELOPMENT 
  • COCU 4 TEACHING & LEARNING MATERIALS DEVELOPMENT
  • COCU 5 CO-CURICULUM ACTIVITIES IMPLEMENTATION
  • COCU 6 TRAINING FACILITIES SAFETY & SECURITY ADMINISTRATION
  • COCU 7  INSTRUCTIONAL DELIVERY

Tujuan utama untuk mengambil VTO adalah supaya boleh dilantik sebagai Pegawai Penilai di Pusat Bertauliah (walaupun ada yang perlukannya untuk mengajar secara kontrak di agensi-agensi kerajaan tertentu). Berikut adalah kriteria perlantikan Pegawai Penilai.

Kriteria

  1. Warganegara Malaysia ;
  2. Berumur sekurang-kurangnya 18 tahun ;
  3. Berkhidmat di satu PB sahaja ;
  4. Lulus Kursus Induksi PP/PPD/PPB ;
  5. Bagi bidang-bidang yang mempunyai kaitan dengan badan penguatkuasaan dan pelesenan, perlu mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh badan berkuasa berkaitan seperti di Lampiran 2; dan
  6. Memiliki :
    • SKM dalam program yang berkaitan pada satu tahap yang lebih tinggi atau tertinggi untuk mengendalikan penilaian program bertauliah bagi program tahap 1 dan tahap 2;
    • SKM/DKM/DLKM dalam program yang berkaitan pada tahap yang sama atau lebih tinggi untuk mengendalikan penilaian program bertauliah bagi tahap 3 ke atas;
    • Diploma dengan dua tahun pengalaman kerja dalam program yang berkaitan untuk mengendalikan latihan dan penilaian program bertauliah untuk DKM;
    • Ijazah dengan dua tahun pengalaman kerja dalam program yang berkaitan untuk mengendalikan latihan dan penilaian program bertauliah untuk DKM/DLKM; atau
    • Mana-mana kelayakan kemahiran berkaitan yang diluluskan oleh KPPK dengan sekurang-kurangnya tiga tahun pengalaman kerja yang berkaitan.
    • Sijil Kemahiran Malaysia dalam program Pegawai Latihan Vokasional (I-031-3); atau
    • Mana-mana Sijil Teknik Mengajar yang diiktiraf oleh KPPK

# Bagi calon yang tiada bajet & boleh berkursus sepenuh masa, sila BACA di bawah untuk tahu KELAYAKANnya. Jika ada sebarang pertanyaan mengenai kursus sepenuh masa PERCUMA ni dengan CIAST, sila hubungi CIAST di 03-55438200, bukan admin:

  1. Warganegara Malaysia  berumur 20 – 35 tahun
  2. Lulus dalam SPM atau SPMV dengan lulus dalam  Bahasa Malaysia (BM) dan Sejarah (bagi calon SPM tahun 2013 ke atas); dan
  3. Mempunyai salah satu dari kelayakan berikut: (Senarai bidang sila rujuk no.4)
  • Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM) Tahap 5; atau
  • Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) Tahap 4; atau
  • Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3; atau
  • Sijil daripada Suruhanjaya Tenaga dalam NOSS berkaitan; atau
  • Ijazah daripada Universiti Awam & Institusi Pengajian Tinggi Swasta; atau
  • Diploma daripada Universiti Awam/ Institusi Pengajian Tinggi Swasta/ Institusi Latihan Kemahiran Awam/ Institusi Latihan Kemahiran Swasta; atau
  • Sijil daripada Institusi Pengajian Tinggi Awam / Institusi Pengajian Tinggi Swasta/ Institusi Latihan Kemahiran Awam (sekurang-kurangnya 2 tahun tempoh pengajian dalam bidang berkaitan dengan NOSS dan mengikut keperluan Pusat Bertauliah)
NOTA: Bagi calon memiliki kelulusan  v. hingga vii., calon mestilah memiliki pengalaman kerja sekurang-kurangnya 2 tahun dalam bidang berkaitan 
Bagi mereka yang ingin mohon dengan CIAST (sepenuh masa, 9 1/2 bulan), boleh muat turun Panduan Syarat Kemasukan CIAST disini.
 

Syarat Am Kemasukan:

  1. Warganegara Malaysia berumur antara 20 – 35 tahun
  2. Lulus SPM atau SPMV dengan lulus dalam subjek Bahasa Malaysia (BM) dan Sejarah (bagi calon SPM tahun 2013 ke atas).
  3. Tidak buta atau buta warna atau rabun atau pekak (tanpa alat bantuan) atau bisu atau cacat. fizikal/anggota yang boleh menyukarkan kerja-kerja amali dan sesi pembelajaran.
  4. Lulus Sesi Temuduga yang dijalankan.

Syarat-syarat Tambahan:

  1. Permohonan daripada kakitangan kerajaan tertakluk kepada kelulusan jabatan masingmasing
  2. Calon perlu bersedia untuk ditempatkan menjalani Latihan Internship di mana-mana Pusat Bertauliah seluruh Malaysia